Senyum aku untuk kamu
Gembira aku untuk kamu
Tika kau jatuh dan tersungkur
Usah risau kerana kamu ada aku
Andai kamu perlukan teman
Usah tangisi kerana kamu ada aku
Jika perlu carilah aku
Kamu tahu di mana aku
Kenapa aku tersenyum
Untuk lihat kamu bahagia
Kenapa aku gembira
Untuk beri hati kamu tenang di sana
Usah pedulikan aku
Kerana ia hanya sementara
Usah dirindukan aku
Kerana ia hanya seketika
Tapi percayalah
Kamu senantiasa ada aku
Dalam setiap doa
Moga bahagia kamu di dunia sana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan