Hai Kupu-kupu malam
Moga sihat di sebalik keindahan sayapmu
Aku ingin mengambil kesempatan ini
Mengucapkan Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Kupu-kupu malam
Indah kamu bersama seri cinta
Jauh kamu pergi bertemu keluarga
Jangan lupa aku sini menunggu penuh setia
Kupu-kupu malam
Jangan lupa janji kamu
Yang pernah menjadikan ia satu ikatan
Janji kamu akan selalu menjaga dia
Dan moga2
Di pagi Syawal nanti
Kamu akan senyum untuk ku
Dari jauh mata hati
Dan kamu senyumkan jua untuk dia
Kupu-kupu malam
Aku Sayang Kamu
Kerana kamu yang selalu
Menjadi mata aku untuk lihat dia
Selamat Hari Raya
Maaf segala salah silap ku pada kamu dan semua
Atas segala keterlanturan kata2 dan perbuatan
Ampun atas kekasaran bahasa dan tingkah laku ku
Jari jua ku susun mohon beribu kemaafan dan keampunan
Tak terlupa pada sahabat kamu yang jauh di mata
Aku ingin mintak satu dari kamu
Wahai Kupu-kupu malam
Sampaikan salam sayang rindu dan kasihku
Pada sahabat kamu..
Katakan padanya
Maaf atas keterlanjuran Hati aku
Kerana menyayangi dia selalu..
Terima kasih Kupu-kupu malam
Aku jua Sayang sama Kamu
Walau tidak selebih sayang padanya
Sahabat Kamu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan