Hari nie rai just nak bgtau cara2 buat Cornflakes Chocolate...Kebetulan rai dapat tempahan, so rai nak kongsikan dengan semua...Memang satu kaedah yang cukup simple...Sangat senang...
Maybe ada dikalangan kalian yang dah tahu, tapi tak salahkan kita berkongsi...Kalau ada yang tersalah, bolehlah korang betulkan nanti...
Mula2, ceh dah macam chef dah rai nie...Baru pergi dapur dah kecoh2...Hahaha...
Sediakan bahan2 yang diperlukan..
* Coklat masakan
* Cornflakes (ikutlah jenama sendiri)
* Paper Cup kecik2 tue
* Mangkuk yang besar supaya senang
* Tempat letak Paper Cup...
* Senduk yang sesuai..
* Kuali atau pun periuk besar untuk didihkan air...
Semua nie, rai buat ikut suka, tiada sukatan...Sebab kalau disukat, macam membazir...Hehe...
Cara2nya :
1. Letakkan periuk atas api berserta air didalamnya...Panaskan sehingga air mendidih...
2. Bila dah didih, letakkan mangkuk besar kat atas Boling water nie...Kemudian letakan coklat (200g)
Kalau rasa nak buat banyak2 dan mangkuk korang tue muat letak banyak...Masukkan coklat lebih dari
1 paket. Nanti dalam beberapa minit korang akan nampak coklat tue cair... Bila dah betul2 cair korang
kacaulah supaya tak ade coklat yang berketul...
3. Setelah cair semua coklat...Padamkan api dan masukkan cornflakes ke dalam mangkuk berisi coklat tadi
secukupnya...Jangan terlalu banyak jangan terlalu sedikt...Ikut sukatan mama rai, dalam 50g dah ok..
4. Gaulkan sehingga rata..korang kene cepat sebab, coklat nie cepat keras...
5. Setelah digaul rata, masukkan cornflakes coklat tadi ke dalam paper cup yang telah disusun..
6. Siap semua, biarkan dalam 30 minit untuk keraskan coklat bersama cornflakes..dan masukkan dalam
balang korang...Kalo nak bagi nampak cantik, sebelum coklat keras, letaklah badam yang dikisar halus,
coklat rice atau yang warna2 tue ataupun kismis...
SELAMAT MENCUBA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan