Pages

Suwie

Senyum selalu. Sila ke http://ryien.wordpress.com untuk tempahan @ maklumat mengenai RyIendesign. Terima Kasih. (=

Ahad, 8 Ogos 2010

Wanita Hiasan Duniawi

WANITA SYURGA dan WANITA NERAKA

Wanita syurga merupakan khazanah kenikmatan yang menghiasi taman-taman syurgawi. Kehadirannya sebagai insan yang mulia menabur haruman kasturi dan kecantikannya melebihi Bidadari. Segala kejelitaan terkumpul menghiasi dirinya yang tidak pernah terlintas di mata dan hati. Kenikmatan ini hanya dapat dirasakan oleh wanita solehah yang menghiasi nurani dan budinya dengan keimanan.

Wanita neraka menjadi perbendaharaan kenistaan yang memenuhi jurang-jurang neraka. Kepedihan seksaan yang diterimanya membinasakan jiwa dan raga pemusnah harapan dan impian. Segala penderitaan terkumpul dalam dirinya melebihi kesengsaraan yang dialami seluruh penduduk bumi. Kepiluan ini hanya dirasakan oleh wanita durjana yang ingkar kepada Penciptanya.

WANITA YANG DIKASIHI

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang.

Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.

WASIAT WANITA SOLEHAH

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.

Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi.

Tiada ulasan:

26 June 2011

shoot