WANITA SYURGA dan WANITA NERAKA
Wanita syurga merupakan khazanah kenikmatan yang menghiasi taman-taman syurgawi. Kehadirannya sebagai insan yang mulia menabur haruman kasturi dan kecantikannya melebihi Bidadari. Segala kejelitaan terkumpul menghiasi dirinya yang tidak pernah terlintas di mata dan hati. Kenikmatan ini hanya dapat dirasakan oleh wanita solehah yang menghiasi nurani dan budinya dengan keimanan.
Wanita neraka menjadi perbendaharaan kenistaan yang memenuhi jurang-jurang neraka. Kepedihan seksaan yang diterimanya membinasakan jiwa dan raga pemusnah harapan dan impian. Segala penderitaan terkumpul dalam dirinya melebihi kesengsaraan yang dialami seluruh penduduk bumi. Kepiluan ini hanya dirasakan oleh wanita durjana yang ingkar kepada Penciptanya.
WANITA YANG DIKASIHI
Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang.
Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.
WASIAT WANITA SOLEHAH
Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.
Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi.
Ahad, 8 Ogos 2010
Ranting Hidup
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur
Kerana kejujuran itu penting dalam sebuah kehidupan
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan
Teruskan perjuangan kita walaupun kita terpaksa mengharungi
Satu perjalanan hidup yang penuh rintangan dan dugaan.
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat
Dan orang yang lebih lemah dari itu ialah
Orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
Jumaat, 6 Ogos 2010
Salam Muhibbah
Salam...
Ramadhan bakal tiba,
Puasa sebulan menjadi pahala,
Solat terawih kita berjemaah bersama,
Semoga perjalanan ditempuhi dengan amalanNYA.
Semoga Ramadhan tahun ini akan mendapat berkat dan rahmat dari yang Maha Esa.
Amin

Langgan:
Catatan (Atom)
shoot
Wanita Hiasan Duniawi