Pages

Suwie

Senyum selalu. Sila ke http://ryien.wordpress.com untuk tempahan @ maklumat mengenai RyIendesign. Terima Kasih. (=
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Disember 2011

Ketika WANITA menangis...

Sekali lagi rai nak kongsikan INI bersama kalian...

Ketika wanita menangis, itu bukan bererti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya.
Melainkan ianya bererti dia sedang mengeluarkan senjata terakhirnya.

Ketika wanita menangis, itu bukan bererti dia tidak berusaha menahannya.
Melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air matanya.

Ketika wanita menangis, itu bukan bererti kerana dia ingin dilihat lemah.
Melainkan kerana dia sudah tidak sanggup untuk berpura-pura kuat.

Pada anda diluar sana terutama golongan Adam, wanita tidak sama sekali menangis kerana inginkan simpati, tetapi kerana dia terlalu istimewa.
Pada wanita yang tidak pernah menangis di depan anda bukan bermakna tiada duka dalam hidupnya, tetapi kerana dia tidak mahu orang lain melihat deritanya. Pada wanita yang menangis di depan anda bermakna dia percaya anda akan sentiasa ada disisinya untuk lepaskan bebanan dan anda mungkin orang yang paling disayangi. Pegang amanah yang diberikan. Andai ada wanita yang menangis dibahu anda, itu bermakna dia amat memerlukan bimbingan dan perhatian dari anda.

Dan tidak semestinya golongan Adam tak pernah menangis... Tak perlulah nak kata nanti "tak macholah, tak gentlelah, jatuh maruah kaum lelaki lah, apelah dan itulah...
Hello!!... Adam pun manusia, yang diberi perasaan untuk menyayangi dan disayangi...
Alahai, tak nangis lah kononnya...Tidak sama sekali. Mereka juga menangis. Bezanya, mereka diberi satu kekuatan, menangis hanya simpanan mereka. Untuk menjadi yang terbaik bagi Kaum Hawa... Menjaga, melindungi dan membawa kita sama2 mencari Jalan ke Syurga...
Itulah Adam...

Sumber : pakar cinta.com

Isnin, 15 Ogos 2011

Indah Wanita

Indahnya WANITA2 ini...
Memang dijadikan WANITA adalah perhiasan yang terindah...Terlalu indah...

" Cantik WANITA kerana kejernihan wajahnya,
Manis WANITA kerana senyuman indahnya,
Ayu WANITA kerana kesederhanaan lahiriahnya,
Hebat WANITA kerana keimanannya yang teguh."

Sabtu, 26 Mac 2011

Rahsia Hari Lahir Wanita

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm masyarakat

Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain
dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika
dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg
arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah
sebagai kepercayaan 100%. Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk
mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak
mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita
yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan,
jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan
kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara
melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan
suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan
seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi
mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan
rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah
terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia
pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi
perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih
jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan
pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya
tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.
Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia
pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela
berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai
berasmara.

KHAMIS Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan
bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita
tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun
dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap,
mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia
pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami,
akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai
mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri,
suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya
dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan
sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya
sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat
teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU  Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam
lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak
pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,
suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa
berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya
agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan
dilakukan dengan kelembutan.

AHAD Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2
diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap
bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka
mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi
sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan
bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi
tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Ahad, 2 Januari 2011

Wanita tulang Rusuk Lelaki

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir selepas satu pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”. Tiba-tiba WANITA terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan linangan air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negara tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia minum kopi dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Seminggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dipatahkan kerana kebodohannya.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat. Oleh itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kita ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima ??

Cintailah dia sematangnya kamu...
Ucapkan hanya yang terindah untuknya...
Sekali hatinya terluka, selamanya kamu merana...

Ahad, 8 Ogos 2010

Wanita Hiasan Duniawi

WANITA SYURGA dan WANITA NERAKA

Wanita syurga merupakan khazanah kenikmatan yang menghiasi taman-taman syurgawi. Kehadirannya sebagai insan yang mulia menabur haruman kasturi dan kecantikannya melebihi Bidadari. Segala kejelitaan terkumpul menghiasi dirinya yang tidak pernah terlintas di mata dan hati. Kenikmatan ini hanya dapat dirasakan oleh wanita solehah yang menghiasi nurani dan budinya dengan keimanan.

Wanita neraka menjadi perbendaharaan kenistaan yang memenuhi jurang-jurang neraka. Kepedihan seksaan yang diterimanya membinasakan jiwa dan raga pemusnah harapan dan impian. Segala penderitaan terkumpul dalam dirinya melebihi kesengsaraan yang dialami seluruh penduduk bumi. Kepiluan ini hanya dirasakan oleh wanita durjana yang ingkar kepada Penciptanya.

WANITA YANG DIKASIHI

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang.

Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.

WASIAT WANITA SOLEHAH

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.

Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi.

Selasa, 1 Jun 2010

Hanya untuk Hawa

Untuk kaum hawa yang disayangi

1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata yang baik.
2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berilah sedikit makanan pada mereka yang kelaparan.
4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

Sabtu, 17 April 2010

Wanita - DEHEARTY

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

26 June 2011

shoot