Suwie

Senyum selalu. Sila ke http://ryien.wordpress.com untuk tempahan @ maklumat mengenai RyIendesign. Terima Kasih. (=

Khamis, 24 Februari 2011

Kisah Kanak-Kanak Sakit Jantung

Salam Petang semua..

Hari nie hari off rai yang kedua dalam minggu nie..
Tak tahu nak buat ape..

Tengah seronok2 tengok blog orang lain, rai terpandang pada satu artikel yang semakin meluas kejadiannya di negara kita.

Rai akan kongsi artikel tue dengan kalian semua..
Tentang apa yang rai nak kongsikan nie??
Hmmm..
Mungkin ia menarik pada pembaca2 yang prihatin, dan mungkin ia membosankan pada yang hanya sibuk dengan kerjayanya...

Rai nak kongsi sikit tentang artikel Punca Penyakit Jantung Kongenital..

Ianya penting dan sangat bermakna pada ibu bapa yang mempunyai anak berpenyakit jantung dan juga penting pada insan yang mengalaminya sendiri..

HATI mana yang tidak tersentuh. Tambahan lagi bagi mereka yang bergelar ibu. Saat menatap bagaimana satu tubuh kecil dihiris dadanya, perasaan cemas dan takut sukar ditepis.

Namun memikirkan itu semua demi menyelamatkan satu nyawa yang baru menjengah dunia, perasaan itu dibuang jauh-jauh.

Pada insan yang mengalaminya sendiri, mereka akan memahami dan dengan sendirinya mereka akan pandai mengawal rasa sakit apabila usia mereka meningkat dewasa dan mula memahami tentang penyakit itu sendiri.. Insan2 ini akan belajar menjaga kesihatan dan mengawal pemakanan supaya salurannya tidak tersumbat..

CABARAN DALAM MENJAGA INSAN 

BERPENYAKIT JANTUNG..

TIDAK semua orang dapat menikmati kehidupan yang sempurna dan hakikatnya hidup ini memang banyak cabaran. Walaupun perit rintangannya, kita perlu harunginya.

Bukan sahaja orang dewasa yang menerima cabaran, bahkan kanak-kanak turut sama mengharungi tanpa mengenal batas usia. Inilah yang dialami oleh Nurul Fakhira Mohd. Zaini, 4, dilahirkan pramatang dan mengalami masalah jantung berlubang (kongenital).
Masalah ini dapat dikesan sejak dilahir lagi pada 28 November 2003 sehingga Nurul dimasukkan ke wad kanak-kanak. Selepas pemeriksaan imbasan dibuat, Nurul disahkan mengalami masalah jantung berlubang.

Ini menyebabkan muka Nurul, anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini sentiasa biru kerana tidak mendapat cukup oksigen.

“Ketika itu juga doktor memberitahu, Nurul perlu dibedah segera. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Fikiran kami suami isteri agak runsing memikirkannya. Di manalah hendak dicari wang untuk belanja pembedahan.

“Mujur rakan-rakan dan majikan sanggup membantu,’’ kata ibu Nurul, Noraini Arshad, 31.
Selepas menjalani pembedahan pertama, Nurul meneruskan kehidupan dengan bantuan alat oksigen.
Rawatan yang berterusan perlu dilakukan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Unit Respiratori, Hospital Kuala Lumpur.

Walaupun keadaan Nurul bertambah baik selepas pembedahan, dia kerap demam. Setiap kali demam badannya berpeluh, menyebabkan Nurul tidak selesa dan kerap menangis.
Perhatian Noraini dan suami, Zaini Kasim, 36 yang berterusan menjadi penguat semangat Nurul untuk meneruskan kehidupan sehingga dia dimasukkan ke hospital sekali lagi pada hujung tahun lepas.
Daripada pemeriksaan itu, didapati Nurul memerlukan rawatan oksigen berterusan.

“Nurul juga memerlukan susu jenama Pediasure dengan sukatan 120 milimeter untuk tiga jam sekali.
“Susu ini perlu untuk meningkatkan kalori dalam nutrisinya.
“Bagi memastikan Nurul mendapatkan bekalan susu ini yang mencukupi, susu disalurkan ke dalam badan dengan menggunakan tiub,’’ jelas Noraini.
Mengenangkan nasib anak, hati Noraini menangis. Ada kalanya dia menyalahkan diri sendiri dan memikirkan apakah dosanya sehingga anak bongsunya diuji sebegitu hebat.
Selain itu, masalah kewangan yang dialami ditakuti akan membataskan usaha Noraini untuk membawa anaknya mendapatkan pemeriksaan susulan dengan pakar jantung.
“Kadangkala terlintas juga di fikiran hendak bekerja untuk membantu suami tetapi apabila teringatkan Nurul, saya insaf.
“Nurul perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari saya. Nurul seorang kanak-kanak yang lincah walaupun dari segi pembelajaran, dia agak lembap.
“Tiada siapa yang memahami kerenahnya dan saya tidak sanggup membiarkan orang lain menjaganya.
“Anak-anak amat penting dalam hidup saya. Kami akan usahakan apa yang termampu,’’ katanya sambil tersenyum.

Sepanjang ditemu bual, Noraini yang ditemani suami dan anak keduanya, Mohd. Haikal Zaini tidak lekang dengan senyuman, walaupun matanya berair. Jelas di raut wajahnya kesedihan dan bebanan yang dipendam.
Kekadang Noraini terfikir, jika Nurul memerlukan pembedahan segera sekali lagi, dari mana dia akan mendapat wang.
Malah, Nurul memerlukan susu jenama Pediasure melalui tiub sepanjang hayatnya di samping perbelanjaan persekolahan abang dan kakaknya yang kian meningkat.

Namun mereka tetap memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana masih mampu menanggung rawatan anak mereka walaupun terpaksa berkorban segalanya.
Sebenarnya ramai lagi kanak-kanak senasib dengan Nurul. Tanpa bantuan orang ramai, mereka mungkin tidak dapat meneruskan hidup. Hidup ini ibarat putaran roda, hari ini giliran mereka, siapa tahu esok lusa, keluarga kita pula yang mengalami masalah sama.

Pengorbanan yang dihulurkan Noraini dan Zaini tiada nilainya dengan harga harta di dunia ini. Semangat yang diberi oleh pasangan suami dan isteri ini diharap dapat menjadi kekuatan untuk Nurul hidup seperti kanak-kanak lain.

Sikap mereka yang menjaga zuriat sebagai anugerah Tuhan yang tiada tolok bandingnya ini sepatutnya menjadi teladan kepada masyarakat.

Biasa disebut jantung berlubang, CHD (Congenital Heart Disease) berlaku apabila terdapat kerosakan pada struktur jantung dan saluran utama sejak bayi dalam kandungan lagi. Banyak jenis kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau saluran berhampiran dengannya atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan.

Menurut Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu dalam setiap 100 bayi yang lahir di negara ini berkemungkinan mengalami masalah jantung. Dengan purata 500,000 kelahiran setiap tahun, dianggarkan 5,000 bayi di Malaysia berisiko menderita sakit jantung kongenital setiap tahun.

Secara global pula, insiden penyakit jantung kongenital di kalangan bayi yang baru dilahirkan berlaku antara 4 hingga 9 bagi setiap 1,000 kelahiran. Justeru setiap tahun, terdapat hingga 1.5 juta kes seluruh dunia.

Genetik

CHD merupakan penyakit yang disebabkan warisan (genetik) dan juga persekitaran. Jika ibu atau bapa mempunyai penyakit ini, bayi yang dilahirkan mempunyai risiko 10% mengalaminya.

Selain itu, faktor persekitaran antenatal termasuk jangkitan ketika mengandung (rubella), pengambilan alkohol atau dadah tertentu dan penyakit seperti kencing manis dan SLE turut menyumbang kepada permasalahan.

Bagaimana Ia Dikesan?

Bayi yang mengalami kecacatan jantung boleh dikesan ketika di dalam kandungan (bagi kes major) dan juga ketika dilahirkan (kes minor). Ujian ultrasound ketika ibu sedang mengandung mampu mengesan sebarang keganjilan pada denyutan jantung. Ia boleh dikesan seawal usia 4 bulan.

Rentak normal jantung adalah 'lup dup' dan jika ia berlainan seperti 'lup cup', bererti terdapat kecacatan pada jantung tersebut.

Biru dan Tidak Biru

Bayi CHD dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bayi biru dan tidak biru (blue dan non-blue baby).

Bayi tidak biru menghadapi masalah lubang pada jantung atau masalah dengan injap atrial. Jenis yang paling banyak ditemui adalah kecacatan septal ventrikular (VSD) dan atrial septal defect (ASD).

Bayi biru pula mempunyai masalah halangan yang menyekat pengaliran darah ke paru-paru (tersumbat).

Simptom

Antara simptom yang biasa ditemui dalam kes kecacatan jantung kongenital adalah :

* jantung berbunyi (murmur)
* cyanosis (biru di badan atau muka)
* kesukaran menyusu
* nafas kencang
* berat badan tidak bertambah secara normal
* pendarahan

Jika ibu bapa mendapati anak mereka mempunyai simptom yang dinyatakan, dinasihatkan membawa ke klinik berhampiran dengan segera untuk pemeriksaan. Jika terdapat kemungkinan masalah jantung major, bayi tersebut memerlukan pembedahan segera.

Ujian

Terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk menentukan jika bayi atau kanak-kanak mempunyai masalah jantung.

Ujian ECG (electrocardiogram) akan dijalankan untuk memantau denyut jantung dan menentukan sama ada ia normal atau sebaliknya.

Imbasan sinar-X dada juga mungkin dilakukan untuk melihat jika jantung membesar (bengkak) atau mempunyai masalah paru-paru. Ujian echocardiogram (ultrasound jantung) pula dapat mengesan beberapa kecacatan struktur jantung.

Kisah rai..

Makanya,pada yang telah membaca atau mengalaminya sendiri. Marilah kita beramai2 membantu mereka yang sangat memerlukannya. Walaupun hanya doa yang mampu kita berikan. Mohon pada Yang Maha Esa agar bayi atau kanak2 yang mengalami penyakit ini akan sempuh dan pulih seperti kanak2 lain untuk mereka menjalani kehidupan seperti biasa.

Mereka ingin hidup seperti kanak2 lain. Namun, ada halangan pada diri mereka. 
Mereka juga mudah terkejut pada sesuatau yang membuatkan mereka rasa takut. Dada mereka mudah sakit apabila sesuatu datang tanpa disedari. Hanya mereka yang tahu apa yang mereka rasa dan kita sebagai orang dewasa harus perhatikan mereka.

Kepada yang mengalami penyakit Jantung ini, tabahkan hati, kuatkan iman, berdoa padaNya. Insya'allah semuanya selamat. Pada ibu bapa yang ada anak seperti mereka, tabahkan hati. Segalanya akan selamat, Insya'allah.

Tiada ulasan:

26 June 2011