Pages

Suwie

Senyum selalu. Sila ke http://ryien.wordpress.com untuk tempahan @ maklumat mengenai RyIendesign. Terima Kasih. (=

Jumaat, 27 April 2012

aku HATI kamu...Gadis

Menangis lagi..
Pedihnya hati gadis ini.
Sayu wajahnya, tiada cahaya walau diterangi mentari pagi. Sakitnya gadis ini menanggung beban hati. Gadis, kamu selalu murung, kenapa? Hati kamu sakit? Kamu punya masalah hati? Gadis, wajah kamu selalu pucat? Kamu sakit lagi? Gadis, cerita pada aku. Aku mungkin bukan yang terbaik, tapi aku cuba yang terbaik untuk kamu. Aku mungkin tak dapat bantu kamu dalam masalah kamu, tapi aku blh menjadi pendengar dalam setiap kisah kamu. Supaya kamu dapat lepaskan bebanan hati kamu. Sandar di bahu aku untuk menenangkan jiwa kamu yang selalu menangis. Kamu selalu menangis gadis. Tak baik untuk kesihatan kamu. Tangisan kamu menunjukkan bahawa kamu benar2 sakit. Kamu terluka? Kenapa gadis? 

Semalam, ketika kamu terlihat dia bersama Puterinya, kamu menangis lagi. Semalam, ketika kamu mendengar khabar berita tentang bahagia dia, kamu menangis. Menangis dalam hati, aku lihat wajah kamu senyum ikhlas kerana kamu merelakan bahagia dia. Tapi hati kamu menangis semahu mahunya. Aku nampak sakit yang kamu lalui. Cukup gadis!! Cukup simpan bebanan hati kamu selama bertahun2. Kamu selalu begitu. Lihat aku ini, selalu ada dekat kamu, selalu cuba ada di sisi kamu susah senang kamu, selalu dekati perasaan kamu agar nyaman rasamu. Aku cuba untuk selalu ada setiap masa untuk kamu. Kerana ada aku disini dengan kamu. Lihat aku gadis. Lihat aku walau kamu tak akan nampak aku melalui mata kasarmu. Rasa aku selalu ada dalam dirimu. Luahkan gadis, aku tak mahu lihat kamu menangis lagi. Aku tak mahu lihat kamu menipu aku dengan pamerkan wajah mu dengan senyuman disebalik kesedihan, kesakitan, kepedihan. Kamu terluka gadis, kamu selalu membiarkan luka kamu itu untuk bahagia dia. Aku letih lihat darah yang mengalir tanpa ada sesiapa datang ubatinya. Aku letih melihat ia terus dihiris tanpa ada penawarnya. Sampai bila kamu begini gadis? Gadis, mungkin kamu tidak mahu ubatinya sendiri, kamu mahu menyerahkannnya pada DIA dia mencipta aku dan kamu, mohon padaNYA pulihkan kamu. Tapi kamu juga harus bangun dan pulihkan sedikit hati kamu. Jangan simpan terlalu lama, takut jadik sesuatu yang buruk. 

Aku selalu dengar kata kamu yang kamu sudah lepaskan dia pergi. Kamu mahu lihat dia bahagia, kamu mahu lihat dia tersenyum gembira, kamu mahu dengar khabar berita yang baik2 tentang dia, kamu mahu pastikan dia selalu dan sentiasa "OK". Kamu selalu katakan yang kamu relakan segalanya. Kamu selalu kata yang kamu tak pernah sayang pada dia, tiada setitik kasih untuk dia, rindu apatah lagi. Tapi, sebalik kata2 kamu. Dialah yang kamu sayang, yang selalu kamu kasihi dan selalu kamu rindu. Dalam apa jua kedaan kamu, gembira, sedih, sakit, menangis, ketawa..Semua itu pasti ada dia..Benar kan? Gadis, jangan tipu aku. Aku tahu semua itu. Mungkin kamu blh tipu orang lain, tapi bukan aku gadis. Kamu dah cuba untuk buang dia jauh dari kamu, tapi.. Dia selalu dekat hampiri hati kamu. Kamu menangis lagi. Dan sekali lagi aku dengar kamu kata kamu tak sayang dia, bukan dia yang kamu tunggu. Kalau benar begitu, kenapa kamu menangis? Kenapa kamu rasa sakit? Kenapa gadis? Jangan bohongi hati kamu lagi wahai gadis. 

Selama hidup kamu, kamu selalu nanti dia. Saat dia benar ada dekat kamu, kamu jauhi dia kerana kamu kata dia hanya mimpi kamu. Walau hakikatnya, dia ada dalam dunia nyata kamu. Bila tiba saat dia pergi, kamu tahan emosi kamu, kamu tahan air mata kamu supaya tidak gugur lagi. Sedangkan hati kamu sedang  menjerit menghalang dia dari pergi. Kamu kata, terima kasih Ya Allah kerana berikan aku pinjaman dirinya dan terima kasih Ya Allah kerana makbulkan doa aku yang selalu menanti dia dan arap bertemu walau sedetik. Dan itu telah terjadi, tiba saat dia benar harus pergi setelah sedetik bertemu kamu, kamu menangis lagi. Dia yang selalu kamu nanti, kamu tidak pernah terfikir akan bertemu, tidak pernah terfikir akan rasa bahagia sedetik itu, tidak pernah terfikir akan terluka lagi kerana ditinggalkan pergi. Bila ia terjadi, kamu abaikan dia hanya kerana kamu kata dia bukan milik kamu. Kamu selalu menidakkan kata hati kamu, kamu selalu membangkak fikiran kamu. Kenapa gadis? Hanya kerana kamu tak mahu dia kecewa. Kamu sakiti hati kamu sendiri dengan bohongan kamu. Setiap hari2 kamu, kamu ingat dia. Kamu doakan sejahtera dia, tapi kamu juga halau dia pergi dari hati kamu dan kamu menangis lagi.

Hampir setiap masa aku lihat tangisan kamu, setiap hari mutiara jernih kamu selalu membasahi pipi, hati kamu dibanjiri pilu. Kadang2 aku lihat kamu dah tak mampu untuk menangis dan akhirnya kamu hanya mampu menutup mata, membiarkan semua ikut haluan masa. Ada masanya, aku lihat kamu menangis tanpa ada sedikit pun rasa, kerana kamu penat simpan beban hati. Dan kamu senyum bila hati kamu lega, kamu menjadi kuat bila diri kamu mula bernafas. Ada ketika juga, aku terdengar kamu memanggilnya tanpa kamu sedari. Dan kamu akan kata hanya dengan satu rasa. Rasa yang sangat indah. Bila rasa itu menguasai diri dan hati kamu, saat itu aku lihat senyuman bahagia kamu yang memancar, ia menunjukkan sebenarnya kamu perlukan dia. Kamu masih tidak dapat lupakan dia, buang dia dan biarkan dia pergi. Tapi, semua rasa tue sekejap je. Sampai masa kamu sedar, aku akan dengar kamu marah, benci hati kamu hanya kerana dia. Seolah2 kamu benci dia. Kamu marah hati kamu kerana letak dia di bilik indah itu. Gadis, satu perkara yang aku suka lihat bila kamu lakukannya. Kamu akan melihat pada indahnya ciptaanNYA dan kata " Ya Allah, aku rindu dia. Lindungilah dia walau dimana dia." Dan hati kamu akan menangis lega, kamu juga turut menangis melepaskan rindu.

Gadis!!! 
Hati kamu tak salah, dia tak paksa pun rasa itu. Rasa itu sendiri hadir dan di tempatnya. Rasa itu sendiri tahu dimana seharusnya dia duduk dan dimana sebenarnya bilik dia, kemana harusnya dia pergi. Rasa itu bertandang tanpa perlu kamu panggil. Rasa itu akan pergi bila hati kamu jumpa penawar dan pemiliknya yang sebenar.

Gadis, kamu tahu siapa aku?
Akulah HATI kamu. Selalu lihat kamu. Kerana itu aku selalu dekat kamu, selalu disisi kamu. Kemana kamu pergi aku ada bersama. Dan akulah HATI kamu yang selalu menangis. Akulah HATI kamu yang terluka dan dihiris. HATI kamu yang masih berdarah dan tiada penawar.

Aku HATI kamu yang satu.
Terima kasih kerana kamu masih memberi aku ruang untuk bernafas tenang dengan senyuman kamu.
Aku tahu siapa ada dalam diri aku kerana aku adalah HATI kamu.
HATI kamu hanya ada dia.
Jika benar kamu sayang dia, redho dengan ketentuan Allah.
Akan ada yang terbaik untuk kamu.
Insya'allah.
Benar susah untuk itu, tapi aku percaya kamu mampu.

Gadis.
Kamu menangis lagi...........................

Isnin, 23 April 2012

Terima Kasih HATI

Terima kasih hati..
Perasaan asing muncul sekali lagi..Waduh2..payah2...

Kalau dulu aku sendiri yang mengharapkan andai dapat bertemu...Sekarang, doa dimakbulkan..Seharusnya tidak sebegini..Apakan daya tak dapat menahan dan menghalang rasa hati dari terus menjalar dalam landasannya..Bila dah jadik cam nie, sape susah..Aku jugak..Nak kene lalui hari2, tiap saat..Kan ke lagi bagus kalau tak memintak ini dan terus selamanya begitu..So, aku lah yang sengal..Sangat takut andai x mampu untuk laluinya..Dan mungkin ia pilihan tersayang..Pilihan yang blh buat mereka yakin..Tapi sayangnya, HATI itu bukan untukku..Milik sekeping hati yang suci..Yang indah berseri..

Semoga mereka faham akan aku untuk kali ini..Kali nie je aku mintak, fahamilah aku..Biar aku lepaskan dia dan tak mahu memilih pilihan mereka..Biar sakit ini menjadi kekuatan dalam diriku agar dapat menempuh hari mendatang..Kali nie je, bagilah aku peluang untuk memilih..Yang pasti saat ini, hati aku tidak perlu berteman..Cukup dgn ada keluarga tercinta dan sahabat tersayang..Aku perlu masa untuk pulihkannya..Dan mungkin masa untuk buang kamu jauh dari ku..Terima kenyataan siapa aku dalam hidup mu..Senyuman dari hati yang ikhlas hanya kerana aku selalu melihat kamu tersenyum indah..

Ahad, 1 April 2012

Istikharah Cinta - Terima Kasih Ya Allah

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam Mahabbah rindu

Aku mohon padaMu Ya Allah, 
Kau berikan hambaMu ini pertunjuk
Aku mohon Hidayah dan RestuMu
KAU tabahkanlah hati hambaMu ini
Teguhkanlah iman ku Ya Allah

Mudah-mudahan aku mampu lalui segalanya
Dalam keadaan yang semakin rumit
Dalam keadaan yang semakin sukar ini
Aku umpama tidak berdaya

KAU berikan aku kekuatan dalam menempuh segalanya
Apa yang KAU berikan padaku
Adalah yang terbaik
Kerana KAU Maha Mengetahui

Terima kasih Ya Allah
Kerana hadirkan rasa ini untukku
Walau kutahu bukan milikku
Aku harus mampu untuk melepaskan pergi
Agar dia bahagia bersama Suri Hati
Menemu sempurna Hidupnya dunia & akhirat
Insya'allah

Doaku untuk dia
Semoga dikau bahagia
Senyumanmu membawa bahagia untukku
Izinkan aku pergi untuk lalui jalan baru

Terima kasih jua padamu
Kerana kamu menerima aku dalam hidupmu
Walau jauh di sudut hatimu
Aku tiada wujudnya untukmu
Tiada pentingnya aku dalam hidupmu
Kau berikan aku 1 pengertian
Terima kasih padamu

26 June 2011

shoot